Isnin, 8 April 2013

Muafakat BN : MCA lepas kerusi DUN Tronoh tanpa syarat kepada MIC


MCA mengesahkan akan melepaskan kerusi Dun Tronoh, yang merupakan kerusi tradisinya, kepada MIC untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan semangat perkongsian kuasa antara parti komponen Barisan Nasional (BN) selepas mendapat restu Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Atas perbincangan panjang lebar dengan perdana menteri, kita sedia menyerahkan kerusi Tronoh kepada MIC tanpa bersyarat kerana dalam pilihan raya, kita perlu mendapatkan sokongan semua bangsa untuk memastikan kemenangan BN.

“Kerusi boleh berubah, tiada yang tetap, justeru setiap kerusi perlu dilihat sebagai kerusi BN berbanding kerusi Umno, MCA atau MIC, dan bersedia untuk melepaskan kepada komponen lain sekiranya ia mempunyai lebih potensi untuk menang,” katanya kepada pemberita selepas melawat SRJK Lawan Kuda, semalam.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Dun itu dimenangi calon DAP, V.Sivakumar dengan majoriti 2,571 mengalahkan calon BN, Lee Kim Choy dari MCA.

Soi Lek berkata, langkah itu juga diambil bagi menghargai sokongan kaum India kepada BN dan berharap masyarakat berkenaan akan terus memberi sokongan penuh kepada semua calon parti komponen BN yang bertanding dalam pilihan raya.

Beliau juga menyeru ahli MCA agar menerima keputusan itu dengan tenang serta menggunakan kebijaksaan untuk menilai bahawa keputusan berkenaan dibuat demi kepentingan BN.

Dalam pada itu, Soi Lek turut mengesahkan MCA akan bertanding di Dun Sungkai yang sebelum ini ditandingi MIC, manakala MIC pula di Dun Buntong, yang sebelum ini ditandingi MCA.

“MCA akan bertukar kerusi Dun Buntong dengan MIC di kerusi Dun Sungkai pada PRU13 berdasarkan bilangan pengundi Cina di Sungkai adalah kira-kira 55 peratus manakala pengundi India di Buntong seramai 45 peratus,” katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, kerusi Dun Sungkai yang ditandingi calon BN daripada MIC, Datuk S.Veerasingam tewas kepada calon DAP, A Sivanesan dengan majoriti 1,454 undi, manakala Dun Buntong yang ditandingi Lee Tung Lai (MCA) tewas kepada A Sivasubramaniam (DAP) dengan majoriti 5,315.



*dari laman sesawang akhbar nasional.


*Syabas kepada MCA atas semangat tolerasi dan setiakawan tanpa rasa dengki. Demi TRANFORMASI Barisan Nasional.



BN Janji Ditepati
Tiada yang tertinggal
Tiada yang terpinggir






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

'Like' Facebook

Rakan-rakan




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...